JEFRIDAY JOSSWO JAIPIN (BA09110163).
Dengan menggunakan
konsep Globalisasi dan Pembangunan, apakah yang boleh dilakukan oleh UMS untuk
mengangkat ilmu dan maklumat berlandaskan ilmu geografi mengenai Sabah DAN
ALAMNYA. Kaitkan bahan bacaan 2 dan projek laman web/blog kamu merungkai
bagaimana idea tersebut boleh menjadi realiti?
Menurut
Stutz et al, 2012 globalisasi adalah pengembangan dari segi skop, skala, dan
halaju transaksi antarabangsa. Manakala, pembangunan pula merujuk kepada peningkatan
kualiti kehidupan manusia dengan menyediakan pekerjaan yang selamat,
perkhidmatan perumahan, pemakanan dan kesihatan yang mencukupi, kebersihan air
dan udara, pengangkutan yang berpatutan, dan pendidikan.
Dengan
berpandukan kepada konsep globalisasi
dan pembangunan ini, perkara yang boleh dilakukan oleh UMS untuk mengangkat
ilmu dan maklumat berlandaskan ilmu geografi mengenai Sabah dan Alamnya ialah
dengan menjayakan satu portal digital khas yang dinamakan sebagai
“ilmusabah.com” dan boleh dicapai oleh setiap masyarakat dunia melalui kuasa
talian internet yang semakin popular digunakan oleh masyarakat dunia. Ini
merupakan satu projek ‘public advocacy’
yang memanfaatkan konsep ilmiah berasaskan epistemologi yang diketengahkan oleh
Profesor Ulung Negara, Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
Melalui
portal khas ini, UMS yang terkenal sebagai pusat kajian di mata dunia juga
harus menitikberatkan empat domain menarik mengenai Sabah, Manusia dan Alamnya
seperti yang dikatakan oleh profesor ulung negara ini untuk mengangkat ilmu dan
maklumat berlandaskan ilmu geografi di negeri Sabah. Antaranya ialah domain
kewilayahan geografi, domain sistem masyarakat, domain sistem ekonomi dan
domain sistem masyarakat.
Domain
pertama ialah domain kewilayahan geografi yang menentukan identiti sesebuah
peradaban. Ciri ini menekankan dua faktor utama dalam pembentukan dan
perkembangan sesebuah peradaban iaitu faktor manusia dan faktor alam
sekitarnya. Aspek yang ditekankan di sini ialah aspek saintifik alamiahnya
seperti genetik/ras manusianya, aspek iklim, flora dan fauna, tanah tanih,
astronomi dan sebagainya. Sebagai contoh, Sabah yang kaya dengan sumber alamnya
khususnya dari sudut biodiversitinya boleh mengangkat negeri ini sebagai pusat
pelancongan dunia. Jadi untuk memperkenalkan Sabah di mata dunia penyelidikan
dan pembangunan diperlukan. Dari sudut ini, UMS sebagai pusat penyelidikan yang
mempunyai pakar-pakar dalam bidang berkaitan aspek ini boleh membangunkan
penyelidikan. Hasilnya banyak penyelidikan akan diterbitkan di negeri Sabah
ini. Dan dengan menggunakan portal khas “ilmusabah.com” dengan bantuan UMS yang
mampu memuatkan banyak hasil-hasil terbitan penyelidikan yang dilakukan maka
maklumat akan tersebar luas di seluruh dunia mengenai negeri Sabah.
Domain
yang kedua ialah domain sistem masyarakat. Menurut Castells, perkembangan
teknologi maklumat meluaskan lagi penguasaan ciri hidup bandar ke wilayah yang
jauh dari bandar, atau sebaliknya mendekatkan cara hidup pedalaman dengan gaya
hidup bandar, seperti yang berlaku terhadap masyarakat tani pendalaman Chiapas
yang memberontak di Mexico dengan dibantu oleh kemampuan mereka menggunakan
internet. Jadi dalam konteks negeri Sabah, yang mempunyai pelbagai lapisan
masyarakat memerlukan peranan UMS dalam melakukan penyelidikan terhadap sistem
masyarakat di negeri ini. Kajian mengenai masyarakat ini penting untuk
memperkenalkan keunikan negeri Sabah sebagai negeri yang mempunyai pelbagai
masyarakat yang datang dari pelbagai kaum, agama dan bangsa kepada dunia di
luar sana. Kajian ini boleh mengangkat Sabah dan alamnya dengan mengumpul
kajian ini dalam portal yang disarankan.
Domain
yang ketiga ialah domain sistem ekonomi. Setiap peradaban dan masyarakat
bergantung pada keadaan ekonomi dan lain-lain. Jadi di Sabah, sistem ekonominya
masih wujud apa yang dipanggil dalam pengajian tani fenomena ‘persistence
peasant’ yang bermaksud sebahagian besar penduduk biarpun terlibat dalam cash
economy, tetapi bentuknya adalah bersifat saradiri. Bagi menghadapi era
globalisasi dan pembangunan, Sabah harus memperbaiki sistem ekonominya. Ini
bererti UMS diperlukan untuk melaksanakan kajian ekonomi yang komprehensif
mengenai Sabah. Dan yang lebih penting ialah kajian mengenai ekonomi Sabah
diketuai oleh ahli ekonomi daripada UMS. Melalui kajian ini dapat mengangkat
Sabah di mata dunia dari segi ekonomi khususnya.
Domain
keempat ialah sistem pemikiran. Domain ini penting untuk mengangkat Sabah di
mata dunia kerana menurut sarjana dalam bidang pengajian falsafah dan sejarah
intelektual dunia menyatakan bahawa pengaruh collective psychology atau
pembinaan psychic unity dalam sesebuah peradaban membantuk worldview sesuatu
peradaban itu. Di mana sistem pemikiran dalam sesuatu peradaban terdiri daripada
tiga sudut iaitu kosmologi dan spirituality, tradisi intelektual, dan aturan
sosial. Dalam konteks ini kajian bahasa dengan berlandaskan disiplin
linguistiks sangat penting. Di sisi ini, UMS boleh memainkan peranan penting
dengan menjalankan kajian supaya bahasa yang ada di Sabah sentiasa dipelihara
mengikut arus pembangunan dan globalisasi. Melalui kajian ini sistem pemikiran
di Sabah serta idea dan simbol yang dominannya boleh dikupas dengan lebih mantap.
Selain itu, penerokaan sistem kepercayaan peribumi dan juga pertembungan dengan
agama-agama besar dunia, seperti Kristian dan Islam memerlukan penelitian jauh
lebih mendalam daripada apa yang wujud kini. Di sini kajian yang dijalankan
oleh UMS penting bagi mendalami selok belok bagi sesebuah agama supaya keamanan
dan ketenteraman masyarakat di sini yang terdiri daripada pelbagai agama dapat
dipupuk dan diteruskan.
Oleh
itu, langkah konkrit yang boleh dilakukan oleh UMS untuk mengangkat kualiti
ilmu dan maklumat berlandaskan bidang sains sosial dan kemanusiaan, mengenai
‘Sabah, Manusia dan Alamnya ialah mendirikan satu portal digital khas iaitu
‘ilmusabah.com’. Di samping itu juga pengutamaan kepada “tapak empat domain”
iaitu domain kewilayahan geografi, domain sistem masyarakat, domain sistem
ekonomi dan domain sistem pemikiran harus ada dalam portal digital tersebut
untuk mengangkat Sabah dan UMS di mata dunia.
No comments:
Post a Comment